Pages

Selamat Datang ke blog Sembang Merpati.......dapatkan info anda di blog ini.Anda juga dibenarkan untuk memberi pendapat atau chating dengan saya di ruangan yang disediakan...... Terima Kasih

Saturday, June 26, 2010

Tahukah Anda?

Racing Homer – dikenali juga sebagai “merpati pos”. Burung ini popular di Belgium, Jepun dan Indonesia, German Beauty Homer yang dikembangkan di Jerman sejak 1907 sebagai burung pameran. Burung ini mirip dengan Racing Homer tetapi lebih ramping. Giant Homer berasal dari Amerika Syarikat untuk mendapatkan burung yang berbadan besar dan memiliki kemampuan menghasilkan anak yang banyak.
Tumbler berasal dari Belanda dikenali sebagai Tuimelaar. Burung ini punya keistimewaan terbang dari ketinggian tertentu akan turun ke ketinggian tertentu dengan melakukan pergerakan salto atau naik balik di udara semula. Burung ini merupakan burung olahraga tetapi kemudian menjadi burung untuk pameran.
English Shortfaced Tumbler: merupakan burung yang kecil, padat, dengan leher jenjang  tetapi dengan dada yang tegap. Dalam keadaan berdiri biasa, hujung sayapnya akan menggantung lebih rendah dari kedudukan ekor – ini merupakan ciri yang menonjol. Selain itu bahagian muka dari kepalanya menonjol agak jauh ke depan daripada paruhnya yang pendek.
Birmingham Roller: dikembangkan di Birmingham (Inggeris) sebagai burung yang memiliki keistimewaan terbang. Kemampuannya untuk pusing balik dan berputar-putar di udara menjadi sasaran utama pemeliharanya. Burung ini mampu untuk naik balik (trumble), termasuk salto ke belakang dan berputar-putar (spin) dengan kecepatan tinggi sekali. 
Flying Tipller: merupakan burung yang dikembangkan dari Flying Tumbler. Burung ini dipelihara karana kemampuannya terbang yang lama. Jenis yang baik akan mampu terbang terus-menerus selama 20 jam.
Parlour Tumbler: juga disebut Ground Tumbler atau House Tumbler. Burung ini diternak karana kemampuannya lombat ke udara, melakukan salto sekali atau dua kali ke belakang, dan kedua kakinya hinggap kembali ke tempat semula.
Cumulet: Burung ini merupakan jenis Tumbler dari Perancis yang mampu terbang tinggi dan juga merupakan salah satu keturunan dari jenis Racing Homer. Burung ini berbadan sedang tetapi serasi, dengan dada bidang, sayapanya panjang dan kukuh, kaki agak pendek. Umumnya warna bulu putih, dan ada yang memiliki bintik-bintik merah di kepala atau leher.
Flight: Burung ini dikembangkan di Amerika. Dari kelompok ini ditemukan burung yang dikenal dengan nama Domestic Flight. Burung ini mampu terbang tinggi, dengan ukuran badan sedang, paruh nampak memanjang dan kepala ramping berjambul. Matanya putih dengan lingkaran tengah dari mata (selaput mata). Inilah letak rahsia kemampuannya melihat jauh saat merpati terbang tinggi.
Show Flight. Burung ini mempunyai badan yang lebih gemuk dan kepala lebih besar daripada jenis Domestic Flight. Burung ini dibiakkan karana kemampuannya terbang tinggi dan memiliki keindahan yang dapat dijadikan merpati untuk dipamerkan. Kedua macam burung ini diternakkan dengan warna hitam, kuning, merah dan abu-abu coklat.
Carrier: sering disebut English Carrier, berasal dari Bazora Persia. Awalnya adalah burung pembawa berita, tetapi kemudian kalah terbang dibandingkan Racing Homer.  
Carneau: Burung dari Belgium Selatan atau Perancis Utara, berat 750 gram dan boleh mencapai berat 1 kg sekor.
Strasser: Dikembangkan di Austria Strasser .
Mondaine: Keturunan merpati Perancis dan Itali. 
Fantail : Berasal dari India dan China. Ekornya seperti kipas. Setengah tempat dipanggil merpati Merak atau merpati ekor kembang. Ada yang ekornya mempunyai pelepah dua lapis dan tiga lapis sepertimana Amerika Fantail dan sebagainya.
Jacobin: Diberi nama seperti itu karana bulu-bulu yang berada di lehernya  seperti topi yang dipakai pendeta-pendeta Jacobins. Burung diternakkan dengan warna putih, hitam, biru, perak, merah dan kuning.
Frillback: Burung yang istimewa yang mempunyai bulu yang menarik tetapi kurang popular.
Cropper: Lebih kurang Pouter. Keduanya menjadi keluarga besar. Salah satu cropper yang terkenal adalah English Cropper. Tembolok besar, berdirinya tegak, badan dan piggang langsing dengan kaki panjang. Termasuk merpati yang tinggi karena bisa setinggi 50 cm dari kepala sampai kaki. Pada tembolok merpati ini ada gambar bulan sabit dengan kedua hujung bertemu di dekat kedua matanya..
Pouter yang mudah dijinakkan dan menyenangkan. Jenis lainnya adalah Holle Cropper yang berbentuk seperti merpati kipas, kepadanya bergoyang dan nampak menarik.
Modena: Diambil dari nama kota tempat dia berasal. Terkenal sebagai merpati ternak yang baik. Yang terkenal dari jenis ini adalah Gazzi Modena dengan badan putih serta kepala, sayap dan ekor berwarna-warni. Termasuk merpati kecil dengan ukuran panjang 25 cm, tetapi gemuk dan bulat dan bergaya anggun. Terdapat dalam warna Brown Gazzi, Gray Gazzy dan Red Gazzy. Kini terdapat Modena yang berwarna hitam, putih dan warna Mas 10 (yellow)
Florentine: Berasal dari Florence, Italia. Berbentuk seperti ayam betina. Terkenal di Eropah sebagai burung pameran, tetapi boleh mencapai berat 500-800 gram. Kepala, sayap dan ekor berwarna-warni dengan badan putih.
Lahore: berasal dari Pakistan dan sekitarnya dikenal dengan nama Shiraz (kota tempat burung berasal). Leher, perut, dada dan ekor berwarna putih. Kepala, pinggang dan sayap berwarna lain seperti hitam, silver, yellow dan sebagainya. Kaki mempunyai bulu lebat.
Satinette yang berasal dari Turki mempunyai badan berwarna putih dengan garis-garis pada bahu, sayap, dan ekor warna hitam, biru dan abu-abu cokelat. Bahagian sayap untuk terbang berwarna putih. merpati ini punya bulu balik di kawasan dada.
Owl berparuh pendek sepertimana burung hantu. Ada berbagai jenis dari merpati ini antaranya African Owl, Chinese Owl.
Showking burung yang besar, badannya sama dengan jenis Modena tetapi badannya lebih besar dan bulat. Sayap dan ekornya lebih pendek dan kelihatan seakan bulat apabila berdiri. Kebiasaan burung ini dijadikan sajian di hotel-hotel terkemuka kerana dagingnya padat. Sekor boleh mencapai 500 - 700 gram. Terdapat berbagai warna tetapi yang paling top adalah warna emas 10 (yellow).
Giant Show Runt jenis ini juga besar tetapi ekor dan sayapnya lebih panjang. Burung ini mudah untuk dibiakkan.
Capuchines  dipanggil juga dengan merpati singa. Ianya seakan jenis Jacobin tetapi lingkaran bulu di kepalanya kurang.
Mookee  berasal dari India, selepas itu dubawa ke US dikacuk sehingga mengeluarkan warna yang menarik. Burung yang menarik kerana kepalanya bergoyang dan bergetar seperti Holle Cropper. Badannya lebih kemas. Disetengah tempat ianya dipanggil Pak Aji kerana kepalanya bergoyang seperti orang sedang meratib. Kini terdapat dengan berbagai warna yang menarik.
Winston  burung yang cantik mempunyai jambul di bahagian muka seperti pusaran yang berada pada sekor kuda. Sebab itulah di sesetengah tempat ianya dikenali sebagai merpati kuda. Burung ini susah untuk dibiakkan.


Sumber dipetik dari berbagai sumber antaranya http://omkicau.com.

No comments:

Post a Comment